Thursday, December 9, 2010

Karya : Edisi Falsafah 2

Kesimpulan (@ falsafah?) oleh Abi Rahman berdasarkan pengalaman,pengamatan dan pemerhatian selama menjalani kehidupan sebagai manusia..
  • "Utamakan kehidupan yang anda lalui daripada memikirkan orang lain kerana kita sendiri yang tentukan arah tujuan,kebahagiaan yang diingini dan mencari peluang-peluang untuk berjaya"
  • "Pedulikan kata-kata orang,kerana ia akan melemahkan pendirian dan membunuh cita-cita anda"
  • "Pandangan mata sentiasa menipu,lihatlah dengan hati kerana hati tidak tahu menipu diri."
  • "Pengalaman saja itu bagus tetapi pengetahuan lebih penting untuk membentuk pengalaman lebih sempurna."
  • "Semakin kita tahu banyak perkara,semakin kita mengenali kelemahan diri"
  • "Setiap permulaan yang baik belum tentu juga penghujung yang baik,tetapi ia bagus sebagai motivasi"
  • "Orang bercinta umpama penagih dadah,semua yang dilihatnya indah belaka tetapi bila terputus bekalan(cinta),dunia seolah-olah sudah berakhir.Maka,jangan 'overdose'tentang cinta."
  • "Manusia,alam dan haiwan hadir dalam satu pakej,saling memerlukan,saling melindungi, menyayangi dan memahami."
  • "Keindahan alam hanya bermakna apabila manusia tahu menghargainya."
  • "Menang kalah bukan persoalan,yang penting anda telah bertanding dan mempelajari sesuatu."
  • "Kegagalan adalah satu eksperimen untuk berjaya."
    • "Berdamailah walaupun kerugian,kerana tiada makna kekayaan tanpa keamanan."
    • "Wang penting untuk terus hidup,tetapi wang tidak boleh membeli kehidupan."
    • Kejahatan akan sentiasa menentang kebaikan,walaupun kebaikan tidak melakukan apa-apa."
    • "Kita lebih menghargai kejayaan yang datang dengan kesukaran berbanding kita mudah mendapatkannya."
    • "Semua keraguan akan tewas ditangan keyakinan."
    • "Rasuah adalah bom jangka.Ia akan memusnahkan seseorang dan juga negara tanpa disedari.Mereka akan 'mati' secara perlahan-lahan."
    • "Tonjolkan diri anda yang sebenar,mungkin sukar untuk orang lain menerimanya,tetapi ia akan difahami dan dihargai akhirnya."
    • "Kebahagiaan bukan bermakna pada apa yang kita miliki,tetapi terletak pada apa yang kita berikan selama ini."
    • "Bersikap mengalah adalah sikap pemenang"
    • "Maafkanlah pada mereka yang memburukkan nama anda,sebenarnya mereka tidak tahu apa-apa mengenai diri anda."
    • "Menyatakan cinta tanpa memberi komitmen seperti memberi pelambung yang bocor.Ia takkan bertahan lama dan akan karam"
    • "When our heart start to voice..it will never end"
    • "Words can be sniper rifle,able to 'kill' you soundless but effectively"
    • "Tawarkan kebaikan yang kamu ada pada semua,mungkin kamu tidak mendapat apa-apa ganjaran,tetapi mendapat sebuah penghargaan,amat tinggi nilainya"
    • "Berbudi bahasa meramaikan kawan,merendah diri mengurangkan musuh"
    • "Kemampuan seseorang untuk memperoleh ilmu bergantung pada keazamannya"
    • "Senyumlah seikhlas mungkin,semua orang akan menyenangi anda"
    • "Mata akan melihat yang tersurat,hati pula membaca apa yang tersirat"
    • "Cara paling mudah untuk menjadi juara ialah jangan mudah menyerah kalah"
    • "Orang yang hidup berprinsip tidak akan mudah tergugat dengan keadaan sekeliling"
    • "Jika anda meluaskan skop pembacaan,anda mampu 'menjelajah' ke serata dunia tanpa bergerak seinci pun.."
    • "Asking is caring,loving is understanding"
    • "Seteruk-teruk perangai manusia untuk dilihat ialah mereka yang perasan bagus,namun,hakikatnya tidak"
    • "Orang yang kuat berfikir adalah dua langkah lebih cepat dari mereka yang tidak mahu."
    • "Insan yang hebat ialah orang yang selalu bermuhasabah diri,sedia menerima nasihat dan pandangan orang lain serta berani melakukan perubahan demi kemajuan diri"
    • "Tiada kejahatan mampu kekal selamanya,dan tiada kebaikan yang akan sia-sia"
    • "Kalau takutkan ombak,jangan berumah di tepi pantai.Kalau takut cinta dilanda badai,jangan cerita erti cinta dan pengorbanan"
    • "Biarkan awan mendung berarak selalu,walaupun tiada cahaya,bukankah laluan kita redup sebenarnya?.."
    • "Kehilangan bukan untuk diratapi,tetapi untuk diingati"

    Thursday, December 2, 2010

    Karya : Koleksi Peribadi 6

    Kesenangan Yang melemahkan (2009)

    Tiada lagi ‘ide’ yang sudi,

    untuk singgah dipermikiran,

    aku yang kian kekeringan,

    semakin buntu dan gersang,

    kerana berada di titik selesa,

    keselesaan yang mencengkam,

    minda dari terus bermain,

    dengan madah dan cerita,

    aku juga terus berfikir,

    tetapi masa memasung hati,

    kerana hatiku telah gembira,

    kesedihan yang selama ini,

    menjadi sumber sayembaraku,

    telah pergi secara perlahan-lahan,

    itulah harga yang perlu dibayar,

    untuk kebahagiaan yang amat mahal,

    tetapi ia berbaloi jua..


    Ceritera Chentaku (2009)

    Setitik embun pagi mengalir,

    dari hujung daun menuju ke tanah,

    meresap pantas hilang ke mana,

    begitu juga dengan cinta,

    ia ditemui dengan rasa segar,

    masih suci dan mendamaikan,

    kemudian meresap ke dalam jiwa,

    dan ia membajai kasih,

    dan menyuburkan benih sayang,

    lalu ia menumbuh dengan segera,

    semakin kembang perasaan dibina,

    di atas perbatasan perhubungan,

    setiap saat terbayang,

    setiap detik merindui,

    dada berdegup kencang,

    perasaan aneh mula bergetar,

    setiap kali pertemuan mata,

    lidah kelu untuk bicara,

    teruja dengan persona,

    nafas seolah-olah disekat,

    bila cinta mula membuak-buak,

    dan saat-saat indah mewarnai diari,

    akhirnya..

    tibalah saat ditunggu,

    doa dipanjatkan telah makbul,

    restu dipohon telah dikabul,

    cinta diikat pada akad,

    perjanjian sehidup setia,

    mengimpikan kebahagiaan hingga akhir,

    maka terungkailah sudah,

    tiada lagi pagar dan dinding,

    dua hati yang takkan berpisah,

    buat selamanya..

    Tuesday, November 30, 2010

    Inspirasi : Perempuan Miskin,Lembu Tua dan Gaza

    (Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari 2009)

    Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

    Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.



    Sunday, November 14, 2010

    Logik VS Tak Logik : Syaitan Muncul Dalam Gambar

    Ini adalah gambar yang di tangkap adik ipar aku semasa dia ke Sabah utk keluar berdakwah..gambar ni adalah suasana di waktu petang/pagi(xsure) di sebuah kampung yang berada di paras tinggi dari aras laut di Sabah..

    gambar asal..



    aku lakarkan agar lebih jelas..




    p/s: rasanya yg aku lukis smula tu lg buruk..lol

    Umum: Kes Gangguan Seksual Yang Jelik

    nah,hambek ko!..



    p/s: jangan tak makan pisang lepas ni..byk zat tuu..selain elak sembelit..hee..

    Seni & Budaya : Wang Kertas 2

    sambungan..



    Seni & Budaya : Wang Kertas 1

    Aku mewarisi minat bapak aku meminati koleksi matawang luar negara..malangnya aku tak se-terer dia dlm mengumpul..so,aku guna cara kotor iaitu melalui pencarian dalam internet..dalam bentuk jpeg..erkk,kotor ke? suci beb..heh!

    Kadang-kadang kita tak faham,what mean of this(collect foreign money)?..haa..kalo orang tak tahu erti seni dan sejarah,bolehla merenung dalam matawang tersebut..daripada situ kita boleh memahami sedikit latar belakang,budaya,bahasa ibunda negara-negara tersebut..andai dah tak mampu nak melancong luar negara,dapat memiliki koleksi wangnya itu pun dah memadai..err..not enough but satisfied laa..huhu

    tengokla ye sampai terlena..





    Tuesday, August 24, 2010

    Karya : Koleksi Peribadi 5

    Koleksi Istimewa Untuk Insan Bernama Ibu

    Ibu dan Ayah
    (2008)

    Kasih ibu amat mendalam,
    kasih bapa dengan tindakan..
    sayangnya ibu dengan belaian,
    sayangnya bapa dengan nasihat..
    marahnya ibu kerana mendidik,
    marahnya bapa kerana memimpin..
    perginya ibu,hilanglah sumber motivasi,
    perginya bapa,hilanglah sumber rujukan..
    Dengarlah anak-anak..dengarlah semua..
    Sayangi dan berbaktilah pada ibu bapa,
    kerana itulah tujuan kamu dilahirkan…

    Si Tua (2008)

    Kadang-kadang kita sering terlupa,
    akan seseorang tua tak berdaya,
    dek kerana leka dengan dunia,
    sedangkan si tua itu jarang terlupa,
    mendoakan kita sihat sejahtera.

    Sejak kecil kita dibelai dan dimanja,
    dipeluk,dicium,disuap,apa saja,..
    bila dewasa,cuma isteri merasa,
    hasil menjadi insan sempurna,
    sedangkan si tua itu memendam rasa

    Biarpun si tua itu kecewa,
    senyuman diukir,tetap ceria,
    jarang mengadu deritanya,
    kita cuma mengiyakan saja,
    sedangkan kita gagal merasa,
    apa yang tersembunyi dijiwanya,
    meronta-ronta penuh siksa,
    bukan mengharapkan harta berjuta,
    cuma perhatian dan kasih dipinta,
    untuk mengisi kekosongan
    di hari hari terakhirnya..
    sebelum menemui pencipta,
    Itulah ibu kita..

    Thursday, June 10, 2010

    Karya : Koleksi Peribadi 4

    Im Just A Person (2009)

    Sehening malam itu,
    tanggal 27 hari bulan ketiga,
    suatu sejarah telah tercipta,
    oleh rakyat negara tercinta,
    bersatunya pelbagai bangsa,
    menjejaki matlamat yang sama,
    Earth Hour impian semua.

    Di sinilah bermulanya,
    iltizam hati-hati insan,
    dalam memberi sokongan,
    dan juga harapan,
    terhadap bumi kesayangan,
    untuk dipulih dan dipelihara.

    Tidakkah kita akan melihat
    betapa 'miskinnya' anak anak kita nanti,
    tanpa udara yang segar,
    tanpa air yang bersih,
    tanpa makanan yang berzat,
    tanpa keindahan alam untuk dinikmati
    jika kita tidak lakukan sesuatu,
    mulai sekarang..

    Walaupun usaha ini kecil,
    tetapi besar maknanya,
    ia bukan sekadar bergelap,
    tetapi untuk direnungkan,
    bukan saja memberi kesedaran,
    tetapi belajar menghayati,
    dan menghargai bumi ini..

    'Satu Jam' telah berlalu,
    harap ini bukan kesudahan,
    biarlah menjadi permulaan,
    pada usaha yang lebih gigih,
    dalam menyelamatkan bumi
    dari terus dibaham oleh,
    pemanasan global yang kejam,

    Terima kaseh rakyat Malaysia,
    Terima kaseh penduduk dunia,
    yang prihatin tentangnya..
    saya juga seperti anda,
    mencintai alam dan bumi ini
    kerana 'mereka' juga,
    sebahagian daripada kita,
    Thank you,Earth Hour!..

    Amerika (2009)

    Sebuah negara yang gah,
    indah hanya demokrasinya,manis pada janjinya
    tetapi hakikatnya,
    ia tempat iblis dan jin bertendang,
    pusat segala fitnah dan ancaman,
    membinasa ke serata dunia,
    menjejaki pengganas yang bertauhidkan yang Esa,
    mensekularkan daulah islamiyyah,
    menyesatkan umat Muhammad dengan dakyah palsu,
    menjilat punggung yahudi laknatullah,
    menjadi kiblat hedonisme,imprelisme,dan segala -isme,

    Ye,kaulah polis dunia,
    kaulah penyelamat bumi dan pemberi keamanan,
    'membebaskan' rakyat Iraq,Afghanistan dari belenggu hudud,
    memperjuang hak berpakaian seksi atas nama hak asasi manusia,
    tak diragui lagi semua itu,
    dan ia berterusan hingga saat ini..
    kemudian,muncullah hero baru kesayangan mereka,
    osama..ops silap! obama yang sebenarnya..
    berdarah kenya-amerika dan bervisi orangnya,
    'yes,we can!' ~ slogan baru untuk Amerika baru,
    lambang perubahan ke tahap lebih maju,

    Namun,
    selagi pelobi yahudi masih menjerut tengkuk Presiden,
    jangan haraplah keamanan yang digembargemburkan,
    ya,mangsa seterusnya tak lain tak bukan ~ Umat Islam..,
    kerana Yahudi adalah musuh yang nyata,
    dan Amerika,adalah kuda tunggangannya,
    semua ini,
    akan berterusan lagi,dan lagi..
    hinggalah Imam Mahadi muncul mengibar panji perang..
    Nantikanlah,
    kamu akan dihancur selumatnya!


    Tuesday, May 25, 2010

    Karya : Koleksi Peribadi 3

    Pelukis Jalanan (2008)

    Suatu sudut terpencil,
    ada seorang pelukis jalanan,
    terlena seketika dibangku kayu,
    kerna keletihan melakar dan melukis,
    dan beberapa ketika dia bangkit,
    terus menyambung lukisan tadi,
    dia perlu menghabiskan segera,
    walau apa jua keadaan..

    Sesekali,
    kelihatan pelukis ini seperti hipokrit,
    melukis sesuatu yang amat indah,
    sedangkan hatinya kadangkala tidak bahgia,
    tetapi,..melihat orang lain gembira,
    dengan lukisannya,
    itulah penawar duka..

    Yang paling utama,
    lukisan itu adalah jiwanya,
    yang akan dibawa pulang oleh pembeli,
    untuk ditatap dan dihayati,
    maka selesailah sudah,
    siaplah lukisan yang dijanjikan,
    dan berangkatlah ia menemui,
    tuannya yang baru..

    Akhirnya yang tinggal,
    hanyalah jasad pelukis itu,
    yang sedang melukis,
    ‘jiwanya’ yang lain..


    Pohon Nan Kaseh (2008)

    Di bawah rimbunan pohon,
    yang redup dan menyejukkan,
    memayungi dia dari bahang,
    matahari yang terik,
    dia sedang merenung jauh,
    teramat jauh..
    mengenangkan apa yang dilalui,
    dan kesakitan yang dialaminya.

    Di situlah dia meluah perasaan,
    hanya seorang diri,
    baginya orang lain takkan faham,
    dan dia lebih rela bercerita pada,
    pokok,bunga dan serangga disitu,
    walaupun mereka tidak memahami,
    tetapi masih sudi menemaninya,
    dikala kesedihan dan kesunyian..


    Tawa Dalam Misterius (2009)

    Hai,nama saya Bomoh.
    saya suka tolong orang ramai,
    sesiapa yang ada masalah,
    bolehlah ketemu saya..
    kena santau?
    benci seseorang?
    nak pakai susuk?
    minta tangkal kebal?
    tukar daun jadi emas?
    badan tak sedap semacam?
    Jangan risau,saya boleh buat semuanya,
    dijamin tiada kesan sampingan,
    asalkan pengerasnya tinggi,
    takpun dapat raba-raba sikit,
    boleh baik punya..
    tapi ada pantang larangnya,
    jangan beritahu sesiapa ‘kaedah’saya,
    takut tak menjadi,
    ataupun memakan diri.
    ok,faham?..
    (tiba-tiba..)
    err,sakit perutla pulak..
    nak demam pun ada,
    arghh,baik aku jumpa doktor kejap..
    kamu semua tunggu sini ye!
    ….??????

    Monday, February 8, 2010

    Karya : Koleksi Peribadi 2

    Oh Tanah Air Ku..(2010)


    Aduh,punah ranah tanah air kita

    Hari-hari dipalit duka dan kerisauan

    Dengan aneka ragam yg membimbangkan

    Mane kitab rujukannya?

    Mane rukunnya?

    Habis semua dilanggar

    Ditolak tepi tanpa segan silu

    Kerana menjaga periuk nasi dan kocek sendiri

    Dari memikirkan kelaparan orang lain

    Ramai mengeluh dan meracau

    Berterusan tanpa mampu diubati

    Walaupun ubatnya ada,

    Tetapi telah disembunyikan oleh yang batil

    Kisah demi kisah berlalu

    Ada yg kelakar,ada yg serius

    Tapi sekadar melukut di tepi gantang

    Tiada usaha untuk merubahnya

    Tiada ikhtiar untuk membaiki

    Hanya dibiarkan membusuk di tepi longkang

    Yang sememangnya sedia busuk

    Mata-mata cuma mampu memerhati

    Dan juga berdoa..

    Tuhan masih ada

    Biarlah ia berleluasa

    Sebelum lemah tak berdaya

    dengan sendirinya..

    Disaat itu,hanya gagak yang sudi

    Menziarahi bangkainya..


    Perjalanan Ini (2010)


    Ku melangkah kaki

    Melepasi anak tangga rumah Allah itu

    Menuju ke hamparan tilam sutera

    Menyambut aku sebagai tetamu istimewa

    Aku dikelilingi semua pandangan

    Manusia pada waktu itu..

    Didepanku seorang tua berkopiah menghulur tangan

    Aku sambutnya dengan debaran dada

    Kemudian lafaz diucap

    Akhirnya ia menjadi realiti

    Kini di depan ku

    Bukanlah penamat pada penantian

    Tetapi satu permulaan pada

    sebuah perjalananan yang jauh

    Doakan aku dan dia

    Agar tiba ke destinasi

    Dalam mencari keredhaan-Nya..


    Monday, January 11, 2010

    Karya : Edisi Falsafah 1

    Daripada koleksi 'Shootout' Friendster aku dulu..

    1- Menjadi sempurna setiap masa adalah mustahil..
    berusaha yang terbaik adalah cara yg sempurna..

    2- Kita sering terlupa bahawa perkara terbaik
    biasanya ada berhampiran kita,cuma kita kerap
    terlepas pandang..

    3- Kerumitan sesuatu perkara bermula dengan
    persepsi kita yang pertama

    4- "Kadangkala perkara tercantik di dunia
    tak boleh dilihat dan disentuh.Namun,
    ia boleh dirasai dalam hati."

    5- "Kadangkala dalam hidup ini,terdapat
    satu langkah kecil kita yang telah
    memberi kesan yang besar pada seluruh
    kehidupan kita.Jadi,berikan perhatian
    pada setiap apa yang kita lakukan.."

    6- Lukiskan apa yang kamu bayangkan..
    Tuliskan apa yang kamu fikirkan..
    Ceritakan apa yang kamu hadapi..
    Betulkan apa yang kamu salahi..
    Hiduplah seperti kamu mahukan,
    kalau tidak kamu akan 'mati'.Fikirkan..

    7- Kebencian adalah satu barah,
    kemarahan adalah punca bencana,
    kesabaran adalah kunci kemenangan,

    8- Menyuruh orang sangat mudah,
    Mengamalkan sendiri sangatlah sukar..
    Mengutuk orang sangatlah mudah,
    Menjadi mangsa kutuk,tahulah rasa..

    9- Bagaimana untuk menghargai kemanisan?rasakan
    kepahitan terlebih dahulu..

    10- I don't want my friends reach to thousands but
    nothing..I just want them a few but so mean.

    11- Cintailah insan yang mencintai anda dengan
    kerelaan dan keikhlasan..cinta dengan keterpaksaan
    akan mengundang penderitaan.

    12- Lelaki mudah tewas pada wang,kuasa dan wanita.

    13- Cinta akan menenggelamkan hati&jasad hingga
    ke dalam lautan tanpa mengetahui dasar
    manakah ia terdampar

    14- Gunakan akalmu dalam membuat keputusan,
    tetapkan keyakinanmu dalam melaksana,
    jadikan imanmu sebagai pemantau..

    15- Dalam perjalanan menuju kejayaan.akan ada
    kritikan&dugaan hebat..jadi,tpulangla pd
    mereka yg mahu memilih.Kita hidup di atas
    PILIHAN..pilihan yg betul akn membawa kita
    ke tmpt yg betul.."

    16- Dalam puting beliung yang dasyat,ada ketenangan
    di tengahnya..

    17- Kesengsaraan akan sentiasa menghambat kita..
    tetapi sebuah kebahagiaan tetap ada seribu cara

    18- Tak semua perkara kita lalui dalam kehidupan ini
    indah belaka..adakalanya kesusahan hadir disaat
    kita tak perlukannya..dan kadangkala juga
    kesenangan hadir disaat kita tak terfikirkannya..
    jadi,laluilah kehidupan ini dengan redha dan
    tabah.Kerana Allah lebih mengetahui..

    19- Jika kita terlalu malas mengangkat tangan untuk berdoa..
    sekurang-kurangnya berdoalah di dalam hati.
    Kerana Allah Maha Mendengar.."

    *Berdasarkan pemerhatian&pengalaman hidup..

    Friday, January 8, 2010

    Karya : Koleksi Peribadi 1

    Aku Manusia Atau Hamba?

    Aku hanyalah manusia,
    yang tahu makan dan minum,
    yang bebas menghirup udara,
    yang memikirkan kehendak nafsu semata-mata,

    Tetapi,
    aku cuai menjalani hidup
    sebagai seorang hamba-Nya,
    yang jarang mengucapkan syukur pada-Nya,
    yang culas menunaikan amal ibadah untuk-Nya,
    yang seringkali kecundang pada nafsu dan syaitan,

    Ya Allah,
    aku ingin menjadi hambaMu yang soleh,
    bukan sebagai manusia,
    yang tidak memberi apa-apa erti padaku..


    Dunia Yang Meloyakan


    Jengkelnya dunia sekarang,
    manusia berlumba menjadi juara,
    hingga menindas mana-mana yang lemah,
    memperdaya mana-mana yang tak punya kuasa,
    menipu pada yang buta..

    Ya,semua orang tahu..
    tapi hanya membatu dan hanya
    mampu menggeleng kepala..
    tanpa diusahakan sedikit satu penyelesaian,
    biarkan ia terkubur begitu saja,
    bagaikan mencurah air ke daun keladi,
    sehingga yang teraniaya tak mampu berkata..

    dijerit tak dengar!
    dikutuk tak sedar!
    dibenci tak peduli!

    Apalah daya kita melihat semua ini,
    biarlah Tuhan membalasnya..

    (Dikarang pada 8 Jan 2010)

    Tuesday, January 5, 2010

    Sejarah : Kota A Farmosa



    Kali ini aku nak bercerita ttg sejarah..dulu masa aku ada blog friendster,aku byk tumpu pada penghasilan karya dan mengomel tak tentu hala..dalam blog ini aku nak pelbagaikan isi kandungan.Terimalah ia seadanya..huhu...

    --------------------------------------------------------------

    Gambar di atas kalau korang tak cam,korang memang r..mesti sejarah dapat D je..hahaha..jgn marah haa..itu adalah Kota A Farmosa pada awal abad ke 19..iaitu dalam awal 1900masihi...kalau korang smua tgok,byk betul perubahan berbanding dgn keadaannya pada hari ini..

    Kota A Farmosa yg ada skrg tiada pagar besi spt di atas tu..pastu bangunan tambahan sblh blkg dan kiri tu pun dah takde..kena roboh kot..dan bangunan sblh kiri tu telah dijadikan jalan untuk ke muzium yang ada tak jauh di belakang kota lama ini..Kerajaan melaka pulak memandai-mandai letak meriam kat depan pintu gerbang ni padahal mana ada dulu..walau apepun,aku suka jgk dgn rekaan mcm tu..baru real macam kota perang..hehehe..

    Cuma aku masih terbayang-bayang bagaimanakah rasanya bila kita dapat lalui suasana kehidupan di Melaka saat itu dimana kota ini masih berfungsi.Senang cite,kita kembali ke zaman silam iaitu 400tahun lalu..dan aku terbayang2 siapakah nenek moyang aku ketika itu..bagaimana salur galur pertalian itu berkembang..adakah keturunan aku kerabat diraja Melaka?..ataupun aku ada bau-bau bacang dengan Hang Tuah si gagah perkasa itu??..biarlah ia menjadi misteri nusantara..kerna bagi aku,yg lebih baik adalah,saudara agama ku..bukan saudara semelayu ku..kenapa?belum tentu saudara melayu itu seagama dengan ku..

    Bila dikenang kembali,pertama kali aku melawat kota ni adalah dgn rombongan skolah rendah aku..family aku tak pernah bawak pun ke sini..tmasuklah zoo melaka,taman buaya,dll..klu tak dgn rombongan skolah,haram aku tak tau wujudnya menda-menda gini..huhu..

    Kepada yang belum sampai melaka,jemputlah datang yek! aku pun tak habes melawat negeri aku nih..yela,dah dekat sgt..maleh nak pergi atau asik tangguh jek..hehe...

    MelakaKu Terindah...~