Tuesday, August 24, 2010

Karya : Koleksi Peribadi 5

Koleksi Istimewa Untuk Insan Bernama Ibu

Ibu dan Ayah
(2008)

Kasih ibu amat mendalam,
kasih bapa dengan tindakan..
sayangnya ibu dengan belaian,
sayangnya bapa dengan nasihat..
marahnya ibu kerana mendidik,
marahnya bapa kerana memimpin..
perginya ibu,hilanglah sumber motivasi,
perginya bapa,hilanglah sumber rujukan..
Dengarlah anak-anak..dengarlah semua..
Sayangi dan berbaktilah pada ibu bapa,
kerana itulah tujuan kamu dilahirkan…

Si Tua (2008)

Kadang-kadang kita sering terlupa,
akan seseorang tua tak berdaya,
dek kerana leka dengan dunia,
sedangkan si tua itu jarang terlupa,
mendoakan kita sihat sejahtera.

Sejak kecil kita dibelai dan dimanja,
dipeluk,dicium,disuap,apa saja,..
bila dewasa,cuma isteri merasa,
hasil menjadi insan sempurna,
sedangkan si tua itu memendam rasa

Biarpun si tua itu kecewa,
senyuman diukir,tetap ceria,
jarang mengadu deritanya,
kita cuma mengiyakan saja,
sedangkan kita gagal merasa,
apa yang tersembunyi dijiwanya,
meronta-ronta penuh siksa,
bukan mengharapkan harta berjuta,
cuma perhatian dan kasih dipinta,
untuk mengisi kekosongan
di hari hari terakhirnya..
sebelum menemui pencipta,
Itulah ibu kita..