Monday, October 17, 2011

Idea : Bayangkan Suatu Hari Nanti..

Mari Berfikir:

Suatu hari nanti apabila minyak petroleum dan gas asli habis,maka semua kenderaan termasuklah kereta mewah akan tersadai dan menjadi besi buruk.Kereta hybrid/NGV turut mengalami nasib yang sama kerana gas asli juga memiliki tempoh hayat pengeluarannya.Andai ditakdirkan manusia masih wujud,maka teknologi pengangkutan akan kembali kepada masa silam seperti basikal,beca,sampan,kapal layar,kuda dan kereta lembu.

Suatu hari nanti apabila gas dan arang batu habis,maka tidak berguna lagi telefon bimbit seperti walaupun secanggih Iphone,atau Ipad,atau Samsung Galaxy Tab…tak berguna juga TV LCD 48Inci..tak berguna juga bangunan pintar kerana sumber elektrik telah terhapus.Manusia akan kembali kepada pelita,lilin,obor dan kaedah manual.Teknologi robot akan bertukar kepada tenaga manusia semula.

Suatu hari nanti apabila manusia bertambah ramai dan padat,sedangkan sumber makanan semakin terhad,ada kemungkinan manusia menjadi kanibal semula,memakan sesama manusia.

Suatu hari nanti apabila tanah sudah tiada,kerana sudah penuh diduduki,maka manusia akan kembali menghuni gua,atas pokok,tepi longkang,bawah jambatan dan kaki lima.
Suatu hari nanti apabila makanan tiada lagi,maka wang dan emas sudah tidak bermakna lagi.

Suatu hari nanti apabila lelaki makin pupus,maka ramai wanita menjadi andartu,atau bermadu atau menjadi lesbian. 

Suatu hari nanti apabila semua pokok telah ditebang,maka tiada lagi kertas untuk dibuat buku.Kita mungkin hanya mampu menulis di atas pasir sahaja.

Suatu hari nanti apabila sungai menjadi kering,sumber protein dan air minum akan tinggal sedikit,manusia akan mati kekeringan secara perlahan-lahan.Hanya mengharapkan air hujan terus jatuh ke dalam mulut

Suatu hari nanti,anak cucu kita hanya kenal ayam,ikan,kucing dan segala flora fauna melalui gambar sahaja.Mereka takkan dapat menyentuh,mendengar dan melihat.Mereka mungkin menyangka kita mereka-reka cerita dongeng haiwan tersebut.

Suatu hari nanti apabila kita sudah berada didalam kubur,anak cucu kita akan kencing diatas  kubur kita kerana terlalu marah.Kerana tangan-tangan nenek moyang merekalah mereka hidup melarat,habis segala anugerah alam disedut sepuas-puasnya tanpa meninggalkan sedikit untuk mereka.

Tuesday, October 11, 2011

Jenaka : Ciri-Ciri Kita Dah Makin Tua

Ciri-Ciri Diri Kita Dah Makin Tua 

1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca. 
Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit. 

2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr! !!! masuk.....!! ! 
Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...baru 
masuk... 

3. Dulu, masa tidur menhadap muka...rapat- rapat, 
sekarang berlaga punggung saja... itu pun dah kira rapat sangat dah tu.... 

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag 
ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la... 

5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama 
brand....sedondon. .. 
Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!" 

6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron 
tudung...pakai tudung.... 
Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu je la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia...hiyyyy! !! 
Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!) 

7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, 
sekarang...tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?" 

8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali..., 
sekarang, kalau dapat 12bulan sekali pun kira hebat juga... 

9. Dulu, menunggu pun dah keras.... 
sekarang, menunggu nak keras... 

10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn 
pakai apa-apa. 
Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka 
juga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"


sumber: emel berantai

Inspirasi : Makna Pernikahan

Pernikahan menyingkap tabir rahsia,isteri yang kamu nikahi,

tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah setakwa Aisyah,
pun tidak setabah Fatimah,

justeru itu isteri hanyalah,wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita menjadi solehah,pernikahan ataupun perkahwinan,
mengajar kita kewajipan bersama.Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
untuk belajar meniti sabar dan redha,kerana memiliki isteri yang 
tidak sehebat mana,justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w 
pun bukanlah Saidina Ali Karramallah Wajhah 

Cuma kita,
suami akhir zaman,yang berusaha menjadi soleh


sumber: dalam kad kahwin sape ntah ;-)

Thursday, June 9, 2011

Karya : Masih Aku Teringat Waktu Itu (Siri 1)

 Seorang Budak & Biji Getah

masih aku teringat waktu itu
sewaktu diusia kanak-kanak ku
pada awal pagi dihujung minggu
aku menemani emak pergi menoreh
dengan bekal nasi lemak dan air teh
menggunakan basikal tua jenama Royal
terus menuju ke kebun getah
ku berperang dengan nyamuk
dan bau busuk getah sekerap
tapi alah bisa tegal biasa
aku tempuhi jua kerana emak
dan aku mengambil tugas
mengumpul getah beku ke dalam baldi
disamping emak dengan torehannya

masih aku teringat waktu itu
aku meredah semak samun
dalam kebimbangan terhadap
ancaman ular dan serangga bisa
kerna menemankan emak menoreh
dalam tika aku masih kecil
aku beranikan juga diri dalam paksa
demi melindungi emak dari bahaya
kadang-kadang kulit terasa amat gatal
dek kerna pohon-pohon hutan yang tajam
tapi aku sangat berasa nikmat
kerana aku sangat dekat dengan alam
sejuk pagi yang mencengkam
namun mendamaikan jiwa

masih aku teringat waktu itu
dalam menunggu emak selesai
aku gemar mengutip biji getah
lalu aku bermain keseorangan
dengan pelbagai cara
semata-mata menghiburkan hati
kadang-kadang juga
aku cuba 'berkawan' dengan nyamuk
aku ajukkan bunyinya 'ngee ngeeee'
mengikut rentak yang biasa aku dengar
ajaibnya nyamuk itu datang menghampiriku
namun,akal kebudakan menyebabkan aku
'mengkhianati janji' dengan mereka
aku terus menampar-nampar nyamuk itu
dengan riak wajah yang puas

masih aku teringat waktu itu
seusai emak habes menoreh
baldi berisi getah disangkut
pada hendal basikal
emak mengerah kudrat lagi
mengayuh basikal untuk pulang
aku keriangan di belakang
kerana tak sabar tiba di rumah
namun,dipertengahan jalan
emak akan singgah di pusat longgokan
di mana getah-getah akan dijual
kepada peraih bernama pakcik Ramli
bila duit sudah dalam genggaman
pulanglah kami menuju rumah
dengan riang hatinya
sambil diiringi bau getah yang
busuk melantong..

berakhirlah sebahagian kisah
untuk kisah seterusnya....

Tuesday, April 12, 2011

Karya : Koleksi Peribadi 7

Temanku dan Temanmu
(2008)
Aku ada seorang teman
lebih kecil dariku tapi egonya tinggi
sukar dikawal dan gemar mencari pasal
aku benar-benar membencinya
tapi dia sebenarnya bukanlah jahat sangat
cuma perlukan bimbingan sahaja
kerana itu,
aku selalu berjalan bersama dengannya
aku cuba pengaruhinya
agar mengikut rentakku
agar menjadi lebih baik
tetapi,
kadang-kadang aku yang tewas jua
terikut-ikut ajakannya
yang biasanya berniat jahat
yang amat sukar ditolak
akhirnya aku cepat-cepat sedar
supaya tak terpesong lagi
aku perlu berhati-hati
sebab dia tak tahu apa yang baik dan buruk
yang dia tahu,berseronok!
kamu nak tahu siapa temanku ini?
rasanya kamu juga memilikinya
baiklah,
aku akan perkenalkannya
dia adalah...

NAFSU!!

Harapan Keabadian
(2008)

Titian penghujung ini,
tiada lagi orang baik-baik,
anda,saya,mereka dan semua,
yang ada hanyalah,
orang yang berusaha
menjadi baik,
kita memang tak terlepas
dari melakukan noda dan dosa
walaupun tanpa rela
kiri,kanan,atas,bawah..
ia datang dari segenap segi,
mata kerap terpandang
sesuatu yang tak patut,
tubuh yang enggan
pergi ke tempat diharapkan,
akal yang kerap tergelincir
dari landasan,
namun,
seterukmana pun kita,
jangan sekali-kali kita kufur,
berpeganglah pada paksi sebenar,
walaupun pautan kita lemah,
selagi kalimah tauhid boleh ditutur,
kemungkinan ke 'sana' tetap ada,
seterusnya,
bergantung pada amalan kita..

Inspirasi : Falsafah Orang Ternama - Siri 1


"Sama ada ia adalah masa yang terbaik atau yang terburuk,ia satu-satunya masa yang kita ada” 
– Art Buchwald

“Seseorang yang Berjaya mampu membina asas yang utuh ketika orang lain menyerang ke arahnya” 
– David Brinkly,Hos program Sunday This week

“Satu-satunya ramuan penting dalam formula kejayaan ialah mengetahui cara untuk bermesra dengan orang” 
– Theodore Roosevelt,Presiden Amerika yang ke-26

“Perang menghasilkan pencuri dan keamanan menggantung mereka” 
– George Herbert,seorang penyajak Wales,pemidato dan paderi

“Jika kita tidak ada keamanan,ia adalah kerana kita lupa bahawa kita saling bersaudara” 
– Mother Teresa,Pemenang Hadiah nobel Keamanan 1979

“Keamanan juga boleh dibeli pada harga yang cukup tinggi” 
– Benjamin Franklin,pengasas dan Bapa Amerika Syarikat

“Kanak-kanak perlu dibimbing dan diberi simpati daripada mengarah” 
– Annie Sullivan,Seorang Pendidik

“Kita mesti tahu kemampuan diri.Kita semua adalah sesuatu tetapi bukan segala-galanya”  
– Blaise Pascal,Pakar Matematik Perancis

“Senyum mengayakan jiwa orang yang menerima tanpa memiskinkan orang yang memberi”  
– Dale Carnegie,tokoh motivasi amerika

“Serigala itu boleh merubah bulunya tetapi tidak boleh mengubah kebiasaanya” 
– Suetonius,Ahli Sejarah Rom

“Usaha mendapat kebenaran bermaksud menolak streotaip dan klise” 
– Sir Harold Evans,Bekas Pengarang The Sunday Times

“Bukan hidup tetapi hidup yang bahagia harus dihargai” 
– Socrates

“Orang akan mengambil peluang ke atas diri anda walaupun mereka sering berkata,andalah orang yang paling disukai” 
– Kim Basinger,Pelakon Hollywood

“Orang yang gagal dalam usahanya masih lebih baik daripada orang yang tidak berusaha langsung” 
– James Douglas.Tokoh Tentera Scotland

“Cinta adalah bunga yang harus berkembang mekar” 
– John Lennon,Penyanyi Rock

“Berbeza pendapat berlaku apabila terdapat kurang penjelasan saintifik” 
– Daisy Bates,Wartawan dan aktivis hak sivil Ireland-Australia

“Sifat pelupa yang agung ialah melupakan peristiwa lalu yang menyakitkan hati” 
– David Simmons,Ahli Politik Australia

Thursday, April 7, 2011

Karya : Minda Kelas Ketiga

“First class facilities,but third class mentalities..”
-          oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad  mengenai sesetengah rakyat Malaysia

Apakah yang dikatakan minda kelas ketiga?

Hanya melihat yang tersurat,tidak pada yang tersirat,
Hanya tahu membaca,tetapi tidak cuba memahami secara mendalam,
Hanya mendengar tetapi tidak menghayati
Hanya meneliti tetapi tidak mengkaji
Hanya mengikut trend,tidak merintis trend
Hanya tahu menyokong,tidak mengkritik secara kritis
Hanya tahu menjadi pelabur,bukan innovator
Hanya tahu mengguna,tapi tidak pandai menghargai

Monday, January 17, 2011

Inspirasi : Pendekatan Positif Yang Berkesan


Arman: nampak mcm menipu..tapi kaedah ini boleh digunakan dalam urusan kita seharian sama ada di rumah,di tempat kerja ataupun untuk berkomunikasi dengan orang lain..anda ada ilmu,jika pendekatan anda salah,anda tidak akan ke mana-mana..tapi kebanyakan orang yang berjaya,ilmu itu penting juga,tapi yang teramat penting adalah sikap,disiplin,dan pendekatan positif dalam semua perkara..

selamat beramal..

Politik : Punca Perpecahan Manusia Dari Perspektif A.Rahman

Ade 3 Sebab Utama Mengapa Manusia Berpecah Belah Di Dunia Ini

Agama: 
Antara punca persengketaan manusia sejak zaman berzaman.
Agama Islam dimusuhi oleh agama lain kerana kesempurnaanya
dan relevan sepanjang masa.
Walaupun ada sejarah persengketaan antara kristian dan yahudi,
zaman kini mereka bergabung menghapuskan pengaruh Islam.
Malah disokong oleh puak athies dan agama2 lain.
Namun,pada masa yang sama,Islam turut terpecah pada
beberapa aliran.Yang paling ketara hingga kini ialah antara puak
sunni dan syiah..Perang saudara itu masih berlangsung hingga ke hari ini..
itu tidak termasuk golongan berhaluan liberal,sesat dan sebagainya..

Politik:
Di dalam politik,terdapat satu perkara yg menjadi idaman 
kebanyakan manusia iaitu kuasa.
Apabila mendapat kuasa,secara tak langsung boleh mendapat kekayaan 
harta sama ada secara sah atau haram.Walaupun ada yang 
benar-benar jujur dan ikhlas berkhidmat,
kebanyakannya kecundang dengan habuan 
duniawi yang terbentang luas.
Akhirnya,manusia sanggup berbuat apa saja 
walaupun dengan cara kotor dan paling hina 
untuk mendapatkan kuasa walaupun musuh politik tersebut 
seagama dengan mereka.

Wang:
Wang mampu membeli apa saja,malah boleh membeli nyawa manusia.
Disebabkan itu,tujuan kebanyakan manusia hari ini semuanya bertujuan
mencari wang.Tanpa wang,manusia akan sukar untuk hidup,walaupun tidak mati.
Oleh demikian,banyak permusuhan,peperangan, pergaduhan berlaku disebabkan
wang.Putus saudara,putus ibu dan anak,putus abang dan adik,dan segalanya
mungkin berlaku.Pengaruh wang sangat berkuasa dan
membuatkan ramai orang buta hati..
seperti mana Qarun