Tuesday, April 12, 2011

Karya : Koleksi Peribadi 7

Temanku dan Temanmu
(2008)
Aku ada seorang teman
lebih kecil dariku tapi egonya tinggi
sukar dikawal dan gemar mencari pasal
aku benar-benar membencinya
tapi dia sebenarnya bukanlah jahat sangat
cuma perlukan bimbingan sahaja
kerana itu,
aku selalu berjalan bersama dengannya
aku cuba pengaruhinya
agar mengikut rentakku
agar menjadi lebih baik
tetapi,
kadang-kadang aku yang tewas jua
terikut-ikut ajakannya
yang biasanya berniat jahat
yang amat sukar ditolak
akhirnya aku cepat-cepat sedar
supaya tak terpesong lagi
aku perlu berhati-hati
sebab dia tak tahu apa yang baik dan buruk
yang dia tahu,berseronok!
kamu nak tahu siapa temanku ini?
rasanya kamu juga memilikinya
baiklah,
aku akan perkenalkannya
dia adalah...

NAFSU!!

Harapan Keabadian
(2008)

Titian penghujung ini,
tiada lagi orang baik-baik,
anda,saya,mereka dan semua,
yang ada hanyalah,
orang yang berusaha
menjadi baik,
kita memang tak terlepas
dari melakukan noda dan dosa
walaupun tanpa rela
kiri,kanan,atas,bawah..
ia datang dari segenap segi,
mata kerap terpandang
sesuatu yang tak patut,
tubuh yang enggan
pergi ke tempat diharapkan,
akal yang kerap tergelincir
dari landasan,
namun,
seterukmana pun kita,
jangan sekali-kali kita kufur,
berpeganglah pada paksi sebenar,
walaupun pautan kita lemah,
selagi kalimah tauhid boleh ditutur,
kemungkinan ke 'sana' tetap ada,
seterusnya,
bergantung pada amalan kita..

Inspirasi : Falsafah Orang Ternama - Siri 1


"Sama ada ia adalah masa yang terbaik atau yang terburuk,ia satu-satunya masa yang kita ada” 
– Art Buchwald

“Seseorang yang Berjaya mampu membina asas yang utuh ketika orang lain menyerang ke arahnya” 
– David Brinkly,Hos program Sunday This week

“Satu-satunya ramuan penting dalam formula kejayaan ialah mengetahui cara untuk bermesra dengan orang” 
– Theodore Roosevelt,Presiden Amerika yang ke-26

“Perang menghasilkan pencuri dan keamanan menggantung mereka” 
– George Herbert,seorang penyajak Wales,pemidato dan paderi

“Jika kita tidak ada keamanan,ia adalah kerana kita lupa bahawa kita saling bersaudara” 
– Mother Teresa,Pemenang Hadiah nobel Keamanan 1979

“Keamanan juga boleh dibeli pada harga yang cukup tinggi” 
– Benjamin Franklin,pengasas dan Bapa Amerika Syarikat

“Kanak-kanak perlu dibimbing dan diberi simpati daripada mengarah” 
– Annie Sullivan,Seorang Pendidik

“Kita mesti tahu kemampuan diri.Kita semua adalah sesuatu tetapi bukan segala-galanya”  
– Blaise Pascal,Pakar Matematik Perancis

“Senyum mengayakan jiwa orang yang menerima tanpa memiskinkan orang yang memberi”  
– Dale Carnegie,tokoh motivasi amerika

“Serigala itu boleh merubah bulunya tetapi tidak boleh mengubah kebiasaanya” 
– Suetonius,Ahli Sejarah Rom

“Usaha mendapat kebenaran bermaksud menolak streotaip dan klise” 
– Sir Harold Evans,Bekas Pengarang The Sunday Times

“Bukan hidup tetapi hidup yang bahagia harus dihargai” 
– Socrates

“Orang akan mengambil peluang ke atas diri anda walaupun mereka sering berkata,andalah orang yang paling disukai” 
– Kim Basinger,Pelakon Hollywood

“Orang yang gagal dalam usahanya masih lebih baik daripada orang yang tidak berusaha langsung” 
– James Douglas.Tokoh Tentera Scotland

“Cinta adalah bunga yang harus berkembang mekar” 
– John Lennon,Penyanyi Rock

“Berbeza pendapat berlaku apabila terdapat kurang penjelasan saintifik” 
– Daisy Bates,Wartawan dan aktivis hak sivil Ireland-Australia

“Sifat pelupa yang agung ialah melupakan peristiwa lalu yang menyakitkan hati” 
– David Simmons,Ahli Politik Australia

Thursday, April 7, 2011

Karya : Minda Kelas Ketiga

“First class facilities,but third class mentalities..”
-          oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad  mengenai sesetengah rakyat Malaysia

Apakah yang dikatakan minda kelas ketiga?

Hanya melihat yang tersurat,tidak pada yang tersirat,
Hanya tahu membaca,tetapi tidak cuba memahami secara mendalam,
Hanya mendengar tetapi tidak menghayati
Hanya meneliti tetapi tidak mengkaji
Hanya mengikut trend,tidak merintis trend
Hanya tahu menyokong,tidak mengkritik secara kritis
Hanya tahu menjadi pelabur,bukan innovator
Hanya tahu mengguna,tapi tidak pandai menghargai