Wednesday, December 19, 2012

Ucapan Kemerdekaan


Tulisan Abi Rahman Sempena Hari Kemerdekaan...


MERDEKA

Hingga kini saya masih hairan,kenapa setiap kali hari kemerdekaan menjelang tiba,hanya kejahatan komunis dicanang2 dipelusuk negara.Perasan kah kita,di mana kita nak letak sejarah yg tercipta bahawa negara kita sbnrnya telah dijajah hampir 500tahun yg bermula dgn Portugis,Belanda,British,Jepun dan barulah komunis.Dan yg anehnya komunis tidak pernah pun memerintah,mereka hanya bergerak secara gerila dan kebanyakan sasaran mereka ialah Pemerintah berbangsa Inggeris,askar upahan Ghurka dan tentera Melayu tajaan British.

Saya tidak nafikan keganasan Komunis tetapi sejarah harus dinyatakan secara adil.Jika kita mahu membenci komunis,jgn lupa nyatakan secara terang-terangan kejahatan lalu negara2 penjajah kita iaitu Portugal,Belanda,British dan juga Jepun sbg peringatan kpd generasi baru.Walaupun mereka menjalinkan hubungan diplomatik dgn kita skrg,janganlah kita lupa dan melukakan perasaan nenek moyang kita dahulu yg telah diserang,dibunuh,diusir dari tanah sendiri dan dibenarkan hanya utk bertani shja.Hasil bumi kita disedut sehabis2nya dan meninggalkan sekangkang kera hasil utk kita warisi.

Bayangkan jika Melaka yang ketika dahulu merupakan salah satu pelabuhan termasyur di dunia masih kekal hingga kini,mungkin hari ini negara kita dah menjadi antara negara termaju dan terkaya.Dulu juga hudud telah dilaksana dgn jayanya,malah menggunakan sistem pemerintahan beraja tunggal yg dihormati...Tapi sayangnya,semua itu telah tiada...

Dan sejarah itu tak mungkin diperbetul kembali.Sebab itu sejarah mesti diberitahu sejelas-jelasnya tanpa prejudis,Jangan terlalu menjaga hati mereka hingga kita menjadi hina sampai je hari ini.Bangunlah! Buktikan kita bukan bangsa yg lemah untuk dipijak2...





PATRIOTIK

Patriotik kepada negara adalah suatu perkara yg sgt mulia.Itulah sebenar-benar tanggungjawab setiap orang kpd negara tercinta.Tetapi ramai yang silap.Patriotik bukan semata-mata tentang taat setia yang membabi buta.Patriotik yang sebenar ialah kita mencintai negara kita setulus hati dan sanggup mempertahankan ia dari sebarang anasir jahat dari LUAR dan juga DALAM.

Kita berani hadapan jika pihak luar menyerang kedaulatan negara kita.Kita juga berani menegur,memperbetul atau menukar orang yg kita lantik untuk mengendalikan negara ni agar negara ini terus dipandu dengan betul dan bebas penyelewengan.

Sifat patriotik ini tidak boleh dipaksa2..ia adalah naluri smula jadi,yang didorong oleh keadaan semasa yang sentiasa berubah2..orang yg tidak kibar bendera tidak semestinya tidak patriotik.Mungkin juga seseorang yg sgt patriotik dari segi luarannya ialah seorang perompak duit negara.

Oleh demikian,sifat patriotik tidak boleh diukur dengan mata kasar.Walaubagaimanapun,sifat patriotik mestilah dipupuk ke dalam setiap hari rakyat Malaysia.Smoga Malaysia terus maju dan bebas rasuah.

Sekian,Salam Kemerdekaan Daripada Saya,
Abi Rahman,
(Anak Bekas Tentera)



#Ditulis pada 31 Ogos 2012
http://www.facebook.com/abi.rahman.9

Bas Dan Jodoh


Mencari jodoh ni macam menunggu bas.

Bas yang lalu ada macam2 jenis.

Ada yg mewah,buruk..ada yang laju,lembab...

Kalau anda rasa sesuai je bas itu,

naiklah dan rasailah perjalanan dengannya.

Kalau rasa tak selesa,tekan je loceng dan turun.

Tunggulah bas seterusnya dan jangan difikirkan bas yang telah pergi tadi 

takut2 bas seterusnya 

yg mungkin terbaik utk kamu akan terlepas.

Semasa roh kita dihembus ke dlm janin,

Allah telah menetapkan jodoh,ajal 

dan rezeki kita bagaimana.

Hanya MASA menentukan.

Ia boleh datang tanpa disangka2.

Yakin dgn Qada dan QadarNya,

hati kita akan menjadi tenang...

#Ditulis pada 10 Oktober 2012
http://www.facebook.com/abi.rahman.9
(Bukan karya sebenar,tp diolah dan diubah dari karya orang lain yg ku pernah terdengar dahulu)

Perihal Melayu Dan Bisnes


Orang melayu tak kaya sgt..tapi mereka byk aset sperti brgn kemas,tanah pusaka,KWSP,simpanan tabung haji dan simpanan Bank Bawah Bantal (BBB)..mereka ni merupakan sasaran lintah darat@businessman penipu yg manis mulutnya dan dijanjikan bulan &bintang,penyangak ni gemar bermadah,guna ayat Quran,hadis,ayat2 tokoh terkenal..

kmudian,aset2 ini akan dicairkan dan dilabur dlm skim2 spt skim pelaburan,skim cepat kaya dan skim MLM,iaitu sistem penipu yg sama cuma berbeza produk...lama2 kelamaan apabila pelabur ini tak bjaya,mereka akn dipersalahkan krn tidak berusaha..sedangkn businessman/ejen tsbut telah kenyang menyedut komisen duit downline-nya..sistem spt ni akn collapes dgn sndirinya bila plabur dh capai thp tepu (xde sape nk join lg)..

kmudian lintah2 darat ni akan quit dan join biz/skim lain yg baru utk mengejar rangking teratas.kitaran ini akan berterusan hgga org melayu dh xde apa2 lg harta@muflis@papa kedana..

-------------------------------------------------------
#balik ni pi habaq kat mak pak hang jgn layan org sebarangan dtg ke rumah/telefon ajak masuk bisnes trutama org melayu (yg byk khianat melayu jgk)

#biar berniaga pisang goreng,untung kecil..asalkan tak menipu org..

#kebanyakan skim ni syubhah,dan ade jgk yg jatuh haram terus..tak caya pi tanya Ust Zaharudin.net



#Ditulis pada 2 November 2012
http://www.facebook.com/abi.rahman.9