Oh Tanah Air Ku..(2010)
Aduh,punah ranah tanah air kita
Hari-hari dipalit duka dan kerisauan
Dengan aneka ragam yg membimbangkan
Mane kitab rujukannya?
Mane rukunnya?
Habis semua dilanggar
Ditolak tepi tanpa segan silu
Kerana menjaga periuk nasi dan kocek sendiri
Dari memikirkan kelaparan orang lain
Ramai mengeluh dan meracau
Berterusan tanpa mampu diubati
Walaupun ubatnya ada,
Tetapi telah disembunyikan oleh yang batil
Kisah demi kisah berlalu
Ada yg kelakar,ada yg serius
Tapi sekadar melukut di tepi gantang
Tiada usaha untuk merubahnya
Tiada ikhtiar untuk membaiki
Hanya dibiarkan membusuk di tepi longkang
Yang sememangnya sedia busuk
Mata-mata cuma mampu memerhati
Dan juga berdoa..
Tuhan masih ada
Biarlah ia berleluasa
Sebelum lemah tak berdaya
dengan sendirinya..
Disaat itu,hanya gagak yang sudi
Menziarahi bangkainya..
Ku melangkah kaki
Melepasi anak tangga rumah Allah itu
Menuju ke hamparan tilam sutera
Menyambut aku sebagai tetamu istimewa
Aku dikelilingi semua pandangan
Manusia pada waktu itu..
Didepanku seorang tua berkopiah menghulur tangan
Aku sambutnya dengan debaran dada
Kemudian lafaz diucap
Akhirnya ia menjadi realiti
Kini di depan ku
Bukanlah penamat pada penantian
Tetapi satu permulaan pada
sebuah perjalananan yang jauh
Doakan aku dan dia
Agar tiba ke destinasi
Dalam mencari keredhaan-Nya..