Wednesday, December 19, 2012

Ucapan Kemerdekaan


Tulisan Abi Rahman Sempena Hari Kemerdekaan...


MERDEKA

Hingga kini saya masih hairan,kenapa setiap kali hari kemerdekaan menjelang tiba,hanya kejahatan komunis dicanang2 dipelusuk negara.Perasan kah kita,di mana kita nak letak sejarah yg tercipta bahawa negara kita sbnrnya telah dijajah hampir 500tahun yg bermula dgn Portugis,Belanda,British,Jepun dan barulah komunis.Dan yg anehnya komunis tidak pernah pun memerintah,mereka hanya bergerak secara gerila dan kebanyakan sasaran mereka ialah Pemerintah berbangsa Inggeris,askar upahan Ghurka dan tentera Melayu tajaan British.

Saya tidak nafikan keganasan Komunis tetapi sejarah harus dinyatakan secara adil.Jika kita mahu membenci komunis,jgn lupa nyatakan secara terang-terangan kejahatan lalu negara2 penjajah kita iaitu Portugal,Belanda,British dan juga Jepun sbg peringatan kpd generasi baru.Walaupun mereka menjalinkan hubungan diplomatik dgn kita skrg,janganlah kita lupa dan melukakan perasaan nenek moyang kita dahulu yg telah diserang,dibunuh,diusir dari tanah sendiri dan dibenarkan hanya utk bertani shja.Hasil bumi kita disedut sehabis2nya dan meninggalkan sekangkang kera hasil utk kita warisi.

Bayangkan jika Melaka yang ketika dahulu merupakan salah satu pelabuhan termasyur di dunia masih kekal hingga kini,mungkin hari ini negara kita dah menjadi antara negara termaju dan terkaya.Dulu juga hudud telah dilaksana dgn jayanya,malah menggunakan sistem pemerintahan beraja tunggal yg dihormati...Tapi sayangnya,semua itu telah tiada...

Dan sejarah itu tak mungkin diperbetul kembali.Sebab itu sejarah mesti diberitahu sejelas-jelasnya tanpa prejudis,Jangan terlalu menjaga hati mereka hingga kita menjadi hina sampai je hari ini.Bangunlah! Buktikan kita bukan bangsa yg lemah untuk dipijak2...





PATRIOTIK

Patriotik kepada negara adalah suatu perkara yg sgt mulia.Itulah sebenar-benar tanggungjawab setiap orang kpd negara tercinta.Tetapi ramai yang silap.Patriotik bukan semata-mata tentang taat setia yang membabi buta.Patriotik yang sebenar ialah kita mencintai negara kita setulus hati dan sanggup mempertahankan ia dari sebarang anasir jahat dari LUAR dan juga DALAM.

Kita berani hadapan jika pihak luar menyerang kedaulatan negara kita.Kita juga berani menegur,memperbetul atau menukar orang yg kita lantik untuk mengendalikan negara ni agar negara ini terus dipandu dengan betul dan bebas penyelewengan.

Sifat patriotik ini tidak boleh dipaksa2..ia adalah naluri smula jadi,yang didorong oleh keadaan semasa yang sentiasa berubah2..orang yg tidak kibar bendera tidak semestinya tidak patriotik.Mungkin juga seseorang yg sgt patriotik dari segi luarannya ialah seorang perompak duit negara.

Oleh demikian,sifat patriotik tidak boleh diukur dengan mata kasar.Walaubagaimanapun,sifat patriotik mestilah dipupuk ke dalam setiap hari rakyat Malaysia.Smoga Malaysia terus maju dan bebas rasuah.

Sekian,Salam Kemerdekaan Daripada Saya,
Abi Rahman,
(Anak Bekas Tentera)



#Ditulis pada 31 Ogos 2012
http://www.facebook.com/abi.rahman.9

Bas Dan Jodoh


Mencari jodoh ni macam menunggu bas.

Bas yang lalu ada macam2 jenis.

Ada yg mewah,buruk..ada yang laju,lembab...

Kalau anda rasa sesuai je bas itu,

naiklah dan rasailah perjalanan dengannya.

Kalau rasa tak selesa,tekan je loceng dan turun.

Tunggulah bas seterusnya dan jangan difikirkan bas yang telah pergi tadi 

takut2 bas seterusnya 

yg mungkin terbaik utk kamu akan terlepas.

Semasa roh kita dihembus ke dlm janin,

Allah telah menetapkan jodoh,ajal 

dan rezeki kita bagaimana.

Hanya MASA menentukan.

Ia boleh datang tanpa disangka2.

Yakin dgn Qada dan QadarNya,

hati kita akan menjadi tenang...

#Ditulis pada 10 Oktober 2012
http://www.facebook.com/abi.rahman.9
(Bukan karya sebenar,tp diolah dan diubah dari karya orang lain yg ku pernah terdengar dahulu)

Perihal Melayu Dan Bisnes


Orang melayu tak kaya sgt..tapi mereka byk aset sperti brgn kemas,tanah pusaka,KWSP,simpanan tabung haji dan simpanan Bank Bawah Bantal (BBB)..mereka ni merupakan sasaran lintah darat@businessman penipu yg manis mulutnya dan dijanjikan bulan &bintang,penyangak ni gemar bermadah,guna ayat Quran,hadis,ayat2 tokoh terkenal..

kmudian,aset2 ini akan dicairkan dan dilabur dlm skim2 spt skim pelaburan,skim cepat kaya dan skim MLM,iaitu sistem penipu yg sama cuma berbeza produk...lama2 kelamaan apabila pelabur ini tak bjaya,mereka akn dipersalahkan krn tidak berusaha..sedangkn businessman/ejen tsbut telah kenyang menyedut komisen duit downline-nya..sistem spt ni akn collapes dgn sndirinya bila plabur dh capai thp tepu (xde sape nk join lg)..

kmudian lintah2 darat ni akan quit dan join biz/skim lain yg baru utk mengejar rangking teratas.kitaran ini akan berterusan hgga org melayu dh xde apa2 lg harta@muflis@papa kedana..

-------------------------------------------------------
#balik ni pi habaq kat mak pak hang jgn layan org sebarangan dtg ke rumah/telefon ajak masuk bisnes trutama org melayu (yg byk khianat melayu jgk)

#biar berniaga pisang goreng,untung kecil..asalkan tak menipu org..

#kebanyakan skim ni syubhah,dan ade jgk yg jatuh haram terus..tak caya pi tanya Ust Zaharudin.net



#Ditulis pada 2 November 2012
http://www.facebook.com/abi.rahman.9

Monday, August 13, 2012

Satu Hari Di Hari Raya (Versi Teks)



Hari Raya skrg dh tak berapa meriah mcm dulu...

Dulu kanak2 bebas kemana saja utk beraya..tak kisah msuk rmh sapa..skrg kalo silap msuk rmh bleh kene rogol/culik...

Dulu kita masak ketupat dan dodol sama2 tp skrg pakai yang frozen dan 'segera' punya..

Dulu kita berperang di dapur buat kuih raya mcm2 jenis tp skrg order by finger mcm2 kuih tapi rasa sama...

Dulu kita beraya main terjah rmh kwn je tp skrg kene tggu pgumuman hari terbuka tuan rmh..

Dulu meriah sbb main bunga api dan meriam buluh je tp skrg hari2 dgar budak putus jari mata buta jdi cacat...

Dulu kita boleh beraya rmh org terus ketuk pintu tp skrg kene tekan loceng pintu pagar macam msuk bank...

Dulu kita dapat duit raya seringgit dah rasa kaya tp skrg bagi seringgit kene perli balik..

Dulu kita beraya ditanya 'sihat ke?' 'apa kabar?'..tp skrg ditanya 'kau keje apa?' 'kau pakai kereta apa?' 'kau ijazah bidang apa?' 'anak kau exam berapa A?'...

Dulu jiran kita anggap mcm sedara tp skrg sedara pun dh mcm jiran tak bersapa..

Dulu orang sibuk beraya ke rumah orang tp skrg ade trend tgok wayang dan melancong hari raya pertama...

Dulu seronok tggu kad raya kwn2 mcm tggu surat aweks tapi skrg kene tag ucapan raya kat FB je...

Kesimpulannya,wlpn dh tak berapa seronok,cuba-cubalah seronokkan diri..hahaha.. ;-)

Monday, October 17, 2011

Idea : Bayangkan Suatu Hari Nanti..

Mari Berfikir:

Suatu hari nanti apabila minyak petroleum dan gas asli habis,maka semua kenderaan termasuklah kereta mewah akan tersadai dan menjadi besi buruk.Kereta hybrid/NGV turut mengalami nasib yang sama kerana gas asli juga memiliki tempoh hayat pengeluarannya.Andai ditakdirkan manusia masih wujud,maka teknologi pengangkutan akan kembali kepada masa silam seperti basikal,beca,sampan,kapal layar,kuda dan kereta lembu.

Suatu hari nanti apabila gas dan arang batu habis,maka tidak berguna lagi telefon bimbit seperti walaupun secanggih Iphone,atau Ipad,atau Samsung Galaxy Tab…tak berguna juga TV LCD 48Inci..tak berguna juga bangunan pintar kerana sumber elektrik telah terhapus.Manusia akan kembali kepada pelita,lilin,obor dan kaedah manual.Teknologi robot akan bertukar kepada tenaga manusia semula.

Suatu hari nanti apabila manusia bertambah ramai dan padat,sedangkan sumber makanan semakin terhad,ada kemungkinan manusia menjadi kanibal semula,memakan sesama manusia.

Suatu hari nanti apabila tanah sudah tiada,kerana sudah penuh diduduki,maka manusia akan kembali menghuni gua,atas pokok,tepi longkang,bawah jambatan dan kaki lima.
Suatu hari nanti apabila makanan tiada lagi,maka wang dan emas sudah tidak bermakna lagi.

Suatu hari nanti apabila lelaki makin pupus,maka ramai wanita menjadi andartu,atau bermadu atau menjadi lesbian. 

Suatu hari nanti apabila semua pokok telah ditebang,maka tiada lagi kertas untuk dibuat buku.Kita mungkin hanya mampu menulis di atas pasir sahaja.

Suatu hari nanti apabila sungai menjadi kering,sumber protein dan air minum akan tinggal sedikit,manusia akan mati kekeringan secara perlahan-lahan.Hanya mengharapkan air hujan terus jatuh ke dalam mulut

Suatu hari nanti,anak cucu kita hanya kenal ayam,ikan,kucing dan segala flora fauna melalui gambar sahaja.Mereka takkan dapat menyentuh,mendengar dan melihat.Mereka mungkin menyangka kita mereka-reka cerita dongeng haiwan tersebut.

Suatu hari nanti apabila kita sudah berada didalam kubur,anak cucu kita akan kencing diatas  kubur kita kerana terlalu marah.Kerana tangan-tangan nenek moyang merekalah mereka hidup melarat,habis segala anugerah alam disedut sepuas-puasnya tanpa meninggalkan sedikit untuk mereka.

Tuesday, October 11, 2011

Jenaka : Ciri-Ciri Kita Dah Makin Tua

Ciri-Ciri Diri Kita Dah Makin Tua 

1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca. 
Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit. 

2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr! !!! masuk.....!! ! 
Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...baru 
masuk... 

3. Dulu, masa tidur menhadap muka...rapat- rapat, 
sekarang berlaga punggung saja... itu pun dah kira rapat sangat dah tu.... 

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag 
ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la... 

5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama 
brand....sedondon. .. 
Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!" 

6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron 
tudung...pakai tudung.... 
Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu je la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia...hiyyyy! !! 
Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!) 

7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, 
sekarang...tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?" 

8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali..., 
sekarang, kalau dapat 12bulan sekali pun kira hebat juga... 

9. Dulu, menunggu pun dah keras.... 
sekarang, menunggu nak keras... 

10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn 
pakai apa-apa. 
Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka 
juga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"


sumber: emel berantai

Inspirasi : Makna Pernikahan

Pernikahan menyingkap tabir rahsia,isteri yang kamu nikahi,

tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah setakwa Aisyah,
pun tidak setabah Fatimah,

justeru itu isteri hanyalah,wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita menjadi solehah,pernikahan ataupun perkahwinan,
mengajar kita kewajipan bersama.Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
untuk belajar meniti sabar dan redha,kerana memiliki isteri yang 
tidak sehebat mana,justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w 
pun bukanlah Saidina Ali Karramallah Wajhah 

Cuma kita,
suami akhir zaman,yang berusaha menjadi soleh


sumber: dalam kad kahwin sape ntah ;-)