Tulisan Abi Rahman Sempena Hari Kemerdekaan...
MERDEKA
Hingga kini saya masih hairan,kenapa setiap kali hari kemerdekaan
menjelang tiba,hanya kejahatan komunis dicanang2 dipelusuk
negara.Perasan kah kita,di mana kita nak letak sejarah yg tercipta
bahawa negara kita sbnrnya telah dijajah hampir 500tahun yg bermula dgn
Portugis,Belanda,British,Jepun dan barulah komunis.Dan yg anehnya komunis tidak
pernah pun memerintah,mereka hanya bergerak secara gerila dan
kebanyakan sasaran mereka ialah Pemerintah berbangsa Inggeris,askar
upahan Ghurka dan tentera Melayu tajaan British.
Saya tidak nafikan keganasan Komunis tetapi sejarah harus dinyatakan secara adil.Jika kita mahu membenci komunis,jgn lupa nyatakan secara terang-terangan kejahatan lalu negara2 penjajah kita iaitu Portugal,Belanda,British dan juga Jepun sbg peringatan kpd generasi baru.Walaupun mereka menjalinkan hubungan diplomatik dgn kita skrg,janganlah kita lupa dan melukakan perasaan nenek moyang kita dahulu yg telah diserang,dibunuh,diusir dari tanah sendiri dan dibenarkan hanya utk bertani shja.Hasil bumi kita disedut sehabis2nya dan meninggalkan sekangkang kera hasil utk kita warisi.

Bayangkan jika Melaka yang ketika dahulu merupakan salah satu pelabuhan termasyur di dunia masih kekal hingga kini,mungkin hari ini negara kita dah menjadi antara negara termaju dan terkaya.Dulu juga hudud telah dilaksana dgn jayanya,malah menggunakan sistem pemerintahan beraja tunggal yg dihormati...Tapi sayangnya,semua itu telah tiada...
Dan sejarah itu tak mungkin diperbetul kembali.Sebab itu sejarah mesti diberitahu sejelas-jelasnya tanpa prejudis,Jangan terlalu menjaga hati mereka hingga kita menjadi hina sampai je hari ini.Bangunlah! Buktikan kita bukan bangsa yg lemah untuk dipijak2...
PATRIOTIK
Patriotik kepada negara adalah suatu perkara yg sgt mulia.Itulah
sebenar-benar tanggungjawab setiap orang kpd negara tercinta.Tetapi
ramai yang silap.Patriotik bukan semata-mata tentang taat setia yang
membabi buta.Patriotik yang sebenar ialah kita mencintai negara kita
setulus hati dan sanggup mempertahankan ia dari sebarang anasir jahat
dari LUAR dan juga DALAM.
Kita berani hadapan jika pihak luar menyerang kedaulatan negara kita.Kita juga berani menegur,memperbetul atau menukar orang yg kita lantik untuk mengendalikan negara ni agar negara ini terus dipandu dengan betul dan bebas penyelewengan.
Sifat patriotik ini tidak boleh dipaksa2..ia adalah naluri smula jadi,yang didorong oleh keadaan semasa yang sentiasa berubah2..orang yg tidak kibar bendera tidak semestinya tidak patriotik.Mungkin juga seseorang yg sgt patriotik dari segi luarannya ialah seorang perompak duit negara.
Oleh demikian,sifat patriotik tidak boleh diukur dengan mata kasar.Walaubagaimanapun,sifat patriotik mestilah dipupuk ke dalam setiap hari rakyat Malaysia.Smoga Malaysia terus maju dan bebas rasuah.
Sekian,Salam Kemerdekaan Daripada Saya,
Abi Rahman,
(Anak Bekas Tentera)
#Ditulis pada 31 Ogos 2012
http://www.facebook.com/abi.rahman.9