Mari Berfikir:
Suatu hari nanti apabila minyak petroleum dan gas asli habis,maka semua kenderaan termasuklah kereta mewah akan tersadai dan menjadi besi buruk.Kereta hybrid/NGV turut mengalami nasib yang sama kerana gas asli juga memiliki tempoh hayat pengeluarannya.Andai ditakdirkan manusia masih wujud,maka teknologi pengangkutan akan kembali kepada masa silam seperti basikal,beca,sampan,kapal layar,kuda dan kereta lembu.
Suatu hari nanti apabila gas dan arang batu habis,maka tidak berguna lagi telefon bimbit seperti walaupun secanggih Iphone,atau Ipad,atau Samsung Galaxy Tab…tak berguna juga TV LCD 48Inci..tak berguna juga bangunan pintar kerana sumber elektrik telah terhapus.Manusia akan kembali kepada pelita,lilin,obor dan kaedah manual.Teknologi robot akan bertukar kepada tenaga manusia semula.
Suatu hari nanti apabila manusia bertambah ramai dan padat,sedangkan sumber makanan semakin terhad,ada kemungkinan manusia menjadi kanibal semula,memakan sesama manusia.
Suatu hari nanti apabila tanah sudah tiada,kerana sudah penuh diduduki,maka manusia akan kembali menghuni gua,atas pokok,tepi longkang,bawah jambatan dan kaki lima.
Suatu hari nanti apabila makanan tiada lagi,maka wang dan emas sudah tidak bermakna lagi.
Suatu hari nanti apabila lelaki makin pupus,maka ramai wanita menjadi andartu,atau bermadu atau menjadi lesbian.
Suatu hari nanti apabila semua pokok telah ditebang,maka tiada lagi kertas untuk dibuat buku.Kita mungkin hanya mampu menulis di atas pasir sahaja.
Suatu hari nanti apabila sungai menjadi kering,sumber protein dan air minum akan tinggal sedikit,manusia akan mati kekeringan secara perlahan-lahan.Hanya mengharapkan air hujan terus jatuh ke dalam mulut
Suatu hari nanti,anak cucu kita hanya kenal ayam,ikan,kucing dan segala flora fauna melalui gambar sahaja.Mereka takkan dapat menyentuh,mendengar dan melihat.Mereka mungkin menyangka kita mereka-reka cerita dongeng haiwan tersebut.
Suatu hari nanti apabila kita sudah berada didalam kubur,anak cucu kita akan kencing diatas kubur kita kerana terlalu marah.Kerana tangan-tangan nenek moyang merekalah mereka hidup melarat,habis segala anugerah alam disedut sepuas-puasnya tanpa meninggalkan sedikit untuk mereka.
No comments:
Post a Comment