Thursday, December 9, 2010

Karya : Edisi Falsafah 2

Kesimpulan (@ falsafah?) oleh Abi Rahman berdasarkan pengalaman,pengamatan dan pemerhatian selama menjalani kehidupan sebagai manusia..
  • "Utamakan kehidupan yang anda lalui daripada memikirkan orang lain kerana kita sendiri yang tentukan arah tujuan,kebahagiaan yang diingini dan mencari peluang-peluang untuk berjaya"
  • "Pedulikan kata-kata orang,kerana ia akan melemahkan pendirian dan membunuh cita-cita anda"
  • "Pandangan mata sentiasa menipu,lihatlah dengan hati kerana hati tidak tahu menipu diri."
  • "Pengalaman saja itu bagus tetapi pengetahuan lebih penting untuk membentuk pengalaman lebih sempurna."
  • "Semakin kita tahu banyak perkara,semakin kita mengenali kelemahan diri"
  • "Setiap permulaan yang baik belum tentu juga penghujung yang baik,tetapi ia bagus sebagai motivasi"
  • "Orang bercinta umpama penagih dadah,semua yang dilihatnya indah belaka tetapi bila terputus bekalan(cinta),dunia seolah-olah sudah berakhir.Maka,jangan 'overdose'tentang cinta."
  • "Manusia,alam dan haiwan hadir dalam satu pakej,saling memerlukan,saling melindungi, menyayangi dan memahami."
  • "Keindahan alam hanya bermakna apabila manusia tahu menghargainya."
  • "Menang kalah bukan persoalan,yang penting anda telah bertanding dan mempelajari sesuatu."
  • "Kegagalan adalah satu eksperimen untuk berjaya."
    • "Berdamailah walaupun kerugian,kerana tiada makna kekayaan tanpa keamanan."
    • "Wang penting untuk terus hidup,tetapi wang tidak boleh membeli kehidupan."
    • Kejahatan akan sentiasa menentang kebaikan,walaupun kebaikan tidak melakukan apa-apa."
    • "Kita lebih menghargai kejayaan yang datang dengan kesukaran berbanding kita mudah mendapatkannya."
    • "Semua keraguan akan tewas ditangan keyakinan."
    • "Rasuah adalah bom jangka.Ia akan memusnahkan seseorang dan juga negara tanpa disedari.Mereka akan 'mati' secara perlahan-lahan."
    • "Tonjolkan diri anda yang sebenar,mungkin sukar untuk orang lain menerimanya,tetapi ia akan difahami dan dihargai akhirnya."
    • "Kebahagiaan bukan bermakna pada apa yang kita miliki,tetapi terletak pada apa yang kita berikan selama ini."
    • "Bersikap mengalah adalah sikap pemenang"
    • "Maafkanlah pada mereka yang memburukkan nama anda,sebenarnya mereka tidak tahu apa-apa mengenai diri anda."
    • "Menyatakan cinta tanpa memberi komitmen seperti memberi pelambung yang bocor.Ia takkan bertahan lama dan akan karam"
    • "When our heart start to voice..it will never end"
    • "Words can be sniper rifle,able to 'kill' you soundless but effectively"
    • "Tawarkan kebaikan yang kamu ada pada semua,mungkin kamu tidak mendapat apa-apa ganjaran,tetapi mendapat sebuah penghargaan,amat tinggi nilainya"
    • "Berbudi bahasa meramaikan kawan,merendah diri mengurangkan musuh"
    • "Kemampuan seseorang untuk memperoleh ilmu bergantung pada keazamannya"
    • "Senyumlah seikhlas mungkin,semua orang akan menyenangi anda"
    • "Mata akan melihat yang tersurat,hati pula membaca apa yang tersirat"
    • "Cara paling mudah untuk menjadi juara ialah jangan mudah menyerah kalah"
    • "Orang yang hidup berprinsip tidak akan mudah tergugat dengan keadaan sekeliling"
    • "Jika anda meluaskan skop pembacaan,anda mampu 'menjelajah' ke serata dunia tanpa bergerak seinci pun.."
    • "Asking is caring,loving is understanding"
    • "Seteruk-teruk perangai manusia untuk dilihat ialah mereka yang perasan bagus,namun,hakikatnya tidak"
    • "Orang yang kuat berfikir adalah dua langkah lebih cepat dari mereka yang tidak mahu."
    • "Insan yang hebat ialah orang yang selalu bermuhasabah diri,sedia menerima nasihat dan pandangan orang lain serta berani melakukan perubahan demi kemajuan diri"
    • "Tiada kejahatan mampu kekal selamanya,dan tiada kebaikan yang akan sia-sia"
    • "Kalau takutkan ombak,jangan berumah di tepi pantai.Kalau takut cinta dilanda badai,jangan cerita erti cinta dan pengorbanan"
    • "Biarkan awan mendung berarak selalu,walaupun tiada cahaya,bukankah laluan kita redup sebenarnya?.."
    • "Kehilangan bukan untuk diratapi,tetapi untuk diingati"

    No comments: