Tuesday, April 12, 2011

Karya : Koleksi Peribadi 7

Temanku dan Temanmu
(2008)
Aku ada seorang teman
lebih kecil dariku tapi egonya tinggi
sukar dikawal dan gemar mencari pasal
aku benar-benar membencinya
tapi dia sebenarnya bukanlah jahat sangat
cuma perlukan bimbingan sahaja
kerana itu,
aku selalu berjalan bersama dengannya
aku cuba pengaruhinya
agar mengikut rentakku
agar menjadi lebih baik
tetapi,
kadang-kadang aku yang tewas jua
terikut-ikut ajakannya
yang biasanya berniat jahat
yang amat sukar ditolak
akhirnya aku cepat-cepat sedar
supaya tak terpesong lagi
aku perlu berhati-hati
sebab dia tak tahu apa yang baik dan buruk
yang dia tahu,berseronok!
kamu nak tahu siapa temanku ini?
rasanya kamu juga memilikinya
baiklah,
aku akan perkenalkannya
dia adalah...

NAFSU!!

Harapan Keabadian
(2008)

Titian penghujung ini,
tiada lagi orang baik-baik,
anda,saya,mereka dan semua,
yang ada hanyalah,
orang yang berusaha
menjadi baik,
kita memang tak terlepas
dari melakukan noda dan dosa
walaupun tanpa rela
kiri,kanan,atas,bawah..
ia datang dari segenap segi,
mata kerap terpandang
sesuatu yang tak patut,
tubuh yang enggan
pergi ke tempat diharapkan,
akal yang kerap tergelincir
dari landasan,
namun,
seterukmana pun kita,
jangan sekali-kali kita kufur,
berpeganglah pada paksi sebenar,
walaupun pautan kita lemah,
selagi kalimah tauhid boleh ditutur,
kemungkinan ke 'sana' tetap ada,
seterusnya,
bergantung pada amalan kita..

No comments: